RMR1M

RUMAH MESRA RAKYAT 1MALAYSIA

OBJEKTIF PROGRAM

Program ini diwujudkan bagi membantu golongan berpendapatan rendah seperti nelayan, petani dan keluarga miskin yang tidak mempunyai rumah atau tinggal di rumah usang (daif) tetapi mempunyai tanah untuk membina rumah sendiri yang sempurna dan selesa.

CIRI-CIRI & JENIS RUMAH YANG DITAWARKAN

RUMAH SESEBUAH 1 TINGKAT 1000KPS

Harga RM65,000
Keluasan 1,000 kps
Bilik 3 bilik 2 bilik air
Subsidi Kerajaan RM20,000
2% kadar faedah pinjaman

RUMAH SESEBUAH 1 TINGKAT 850KPS

Harga RM55,000
Keluasan 850 kps
Bilik 3 bilik 2 bilik air
Subsidi Kerajaan RM17,500
2% kadar faedah pinjaman

RUMAH SESEBUAH 1 TINGKAT 700KPS

Harga RM45,000
Keluasan 700 kps
Bilik 2 bilik 2 bilik air
Subsidi Kerajaan RM15,000
2% kadar faedah pinjaman

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN

  • Warganegara Malaysia.
  • Berumur 18 hingga 65 tahun*.
  • Pendapatan kasar seisi rumah di antara RM750 sehingga RM3,000 sebulan.
  • Pemohon/Pasangan tidak mempunyai rumah sendiri atau mempunyai rumah yang usang/tidak sempurna.
  • Tanah/tapak cadangan mestilah bersesuaian dan bebas daripada gadaian/sekatan ke atasnya. Jika pemohon bukan tuan punya tanah, pemohon mestilah mendapat kebenaran daripada tuan punya tanah yang dicadangkan.
  • Keluasan tanah tidak kurang daripada 2,800 kps.
  • Tertakluk kepada peruntukan dan kelulusan pinjaman melalui SPNB.

* Bagi pemohon dari Semenanjung yang berumur melebihi 43 tahun, pemohon kedua yang berumur di antara 18-43 tahun diperlukan dan penjamin (sekiranya perlu) kecuali bagi Kawasan Pulau

* Bagi pemohon dari Sabah, Sarawak dan Kawasan Pulau yang melebihi 41 tahun, pemohon kedua yang berumur di antara 18-41 tahun diperlukan dan penjamin (sekiranya perlu)

CARA-CARA MEMOHON

RMRPlus

RUMAH MESRA RAKYAT PLUS

OBJEKTIF PROGRAM

Pengenalan kepada RMRPlus adalah satu model perniagaan baru yang mengambil konsep asas RMR1M namun dikhususkan kepada golongan yang mempunyai tanah sendiri tetapi tidak memenuhi kriteria minima permohonan RMR1M. Program RMRPlus adalah program alternatif yang mensasarkan golongan yang tidak layak mendapat subsidi di bawah Program Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia (RMR1M) kerana melebihi syarat minimum program.

RINGKASAN PROGRAM

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 18 tahun ke atas
  • Syarat tanah adalah tertakluk kepada keluasan rekabentuk dan kaedah pembiayaan

CIRI-CIRI REKABENTUK

  • Rumah Sesebuah Satu (1) Tingkat
  • 3 Bilik & 2 Bilik Air

KAEDAH PEMBIAYAAN

  • Tunai
  • Melalui pinjaman bank/mana-mana institusi kewangan

PAKEJ TAMBAHAN YANG DITAWARKAN*

  • Penyediaan tapak
  • Kabinet dapur
  • Lengkapan almari
  • Sistem keselamatan
  • Pagar
  • Penukaran spesifikasi bumbung

CIRI-CIRI RUMAH YANG DITAWARKAN

Harga RM108,888
Keluasan 1,000 kps
Klik Disini Untuk Mendapatkan Borang Permohonan

Harga RM126,666
Keluasan 1,200 kps

Klik Disini Untuk Mendapatkan Borang Permohonan

 

Sila Hubungi SPNB Cawangan Pahang Di Alamat Berikut:

SPNB CAWANGAN PAHANG

No K2, Lot 4770 & Lot 4769,
Jalan Nusa Puteri Utama,
Taman Nusa Puteri,
26800 Rompin, Pahang.Tel : 09-4148555

Advertisements