tekun

SYARAT – SYARAT
SKIM PINJAMAN TEKUN NASIONAL

 

Jumlah Pinjaman TEKUN
 

Pinjaman

Jumlah

Tempoh Bayaran

Skim Pinjaman Mikro ( SPM )

RM 1,000 – RM5,000

Sehingga 3 tahun
Skim Pinjaman Mikro ( SPM )

>RM 5,000 – RM10,000

Sehingga 5 tahun
Skim Pinjaman Kecil ( SPK )

>RM 10,000 – RM50,000

Sehingga 5 tahun
Skim Pinjaman Sederhana ( SPS )

>RM 50,000 – RM100,000

Sehingga 10 tahun

Tempoh Bayaran Balik

Tempoh bayaran balik pinjaman adalah antara 6 bulan hingga 10 tahun.

Cara Bayaran Balik

Peminjam WAJIB datang membuat bayaran balik pinjaman di Pejabat TEKUN Kawasan atau menerusi
BSN, Maybank, Bank Rakyat, Agrobank dan Pos Malaysia atau menerusi Cek Tertunda Tarikh.

Sumbangan Tabung Pengurusan TEKUN

Usahawan diminta membayar Sumbangan Tabung Pengurusan TEKUN sebanyak 4% daripada nilai pinjaman setiap tahun sepanjang tempoh pinjaman. Bayaran sumbangan ini hendaklah dibuat bersama dengan bayaran balik pinjaman.

Bayaran Proses

Pinjaman

Bayaran

RM 1,000 – RM 5,000

RM 50

> RM 5,000 – RM 10,000

RM 100

> RM 10,000 – RM 20,000

RM 150

> RM 20,000 – RM 30,000

RM 200

> RM 30,000 – RM 40,000

RM 250

> RM 40,000 – RM 50,000

RM 300

> RM 50,000 – RM 100,000

RM 500

Simpanan

Usahawan diminta untuk membuat simpanan sebanyak 5% daripada nilai pinjaman setiap tahun. Simpanan ini hendaklah dibuat bersama dengan bayaran balik pinjaman.

Perlindungan Insuran

Usahawan TEKUN akan mendapat perlindungan di bawah Insuran Pinjaman dan Insuran Hayat & Kemalangan ( peminjam ) yang ditetapkan oleh TEKUN Nasional dalam tempoh pinjaman.

Syarat Kelayakan Asas Pinjaman TEKUN Nasional

  1. Bumiputera dan Masyarakat India ( Program Khas Skim Pembangunan Usahawan Masyarakat India – SPUMI )
  2. Berumur 18 – 60 tahun.
  3. Telah menjalankan perniagaan atau mempunyai cadangan atau rancangan perniagaan usaha niaga yang berpotensi dan berdaya maju.
  4. Mempunyai lesen / Permit  / Daftar Perniagaan yang sah .
  5. Mempunyai tempat / lokasi perniagaan yang khusus atau berniaga secara bergerak         ( mobile ).
  6. Terlibat secara langsung dan sepenuh masa dalam perniagaan ( Pinjaman sehingga RM 5,000 boleh dipertimbangkan bagi pemohon yang berniaga secara sambilan )
  7. Satu pinjaman bagi satu isi rumah ( kecuali perniagaan yang berasingan dan rekod bayaran balik yang baik bagi isirumah ).
  8. Bayaran balik pinjaman RM 20,000 sehingga RM 100,000 menggunakan bayaran Cek Tertunda Tarikh ( Post- Dated Cheque ).
  9. Bayaran balik satu bulan permulaan akan ditolak daripada pinjaman yang diluluskan.
  10. Pemohon yang ingin memulakan perniagaan dikehendaki mempunyai modal sendiri sebanyak 20% daripada keperluan pinjaman / perniagaan sebagai komitmen untuk menjalankan perniagaan ( kecuali permohonan di kalangan siswazah ).
  11. Pinjaman perniagaan sedia ada tidak melebihi RM 100,000.
Advertisements