Urusan Pengambilan

  • Urusan Pengambilan Ke Perkhidmatan Awam [Bahagian Pengambilan]
    Urusan pengambilan bermula dengan permohonan yang diterima melalui Borang PG-SPA dari Kementerian/Jabatan. Terlebih dahulu, status calon simpanan jawatan yang dipohon akan disemak dan tawaran akan dibuat kepada calon simpanan jika ada. Seterusnya proses yang terlibat adalah proses pemerolehan calon dari Bank Data Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia, penyediaan Penyata Lembaga Permulaan (PLP), urusan temu duga, penyediaan Kertas Suruhanjaya dan kemudian proses tawaran kepada calon yang berjaya.
  • Sistem Mengambil Sepanjang Masa (eSMSM) [Panduan SMSM…]
    Urusan pengambilan yang dilaksanakan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia kini menggunakan sistem berkomputer sepenuhnya, yang dikenali sebagai Sistem Mengambil Sepanjang Masa, atau ringkasannya SMSM. Sistem ini diperkenalkan dalam bulan Januari 1997. Di bawah SMSM, permohonan jawatan boleh dibuat pada bila-bila masa sepanjang tahun. SMSM memudahkan urusan pendaftaran permohonan, tapisan, penyenaraian calon lantikan dan simpanan, penjadualan temu duga, penentuan tempat temu duga dan tawaran jawatan. Di bawah sistem ini pemohon boleh mengemukakan permohonan secara online di Portal Rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia

    Orang ramai boleh berurusan dengan Urus Setia Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia secara online menerusi Portal Rasmi SPA atau melalui sistem pesanan ringkas (SMS) di nombor 39111 atau perkhidmatan mySMS SPA di nombor 15888. Maklumat mengenai jadual temu duga/peperiksaan dan keputusan temu duga/peperiksaan boleh dicapai melalui Portal Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia dan SMS sepanjang masa.

  • Jawatan Yang Dikendalikan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia [Selanjutnya…]
    Maklumat mengenai deskripsi senarai jawatan seperti deskripsi tugas, syarat lantikan, kod skim, gred, gaji mula, imbuhan tetap khidmat awam (ITKA), imbuhan tetap perumahan dan bantuan sara hidup (COLA) yang boleh dipohon oleh calon mengikut kelayakan berikut:

    1. Ijazah/Sarjana/PHD
    2. Ijazah & Diploma/Ijazah & STPM/STAM
    3. Diploma/Sijil
    4. STPM/STAM/HSC
    5. SPM/Latihan Separa Perubatan (SPM/PMR)
    6. Berkhidmat/PSL
  • Bagaimana Untuk Memohon [Selanjutnya…]
    Warganegara Malaysia yang berkelayakan boleh memohon jawatan-jawatan kosong dalam Perkhidmatan Awam Am Persekutuan, Perkhidmatan Awam Bersama yang am bagi Persekutuan dan Perkhidmatan Awam Negeri Melaka, Pulau Pinang, Negeri Sembilan dan Perlis menggunakan Pendaftaran Pekerjaan Dalam Perkhidmatan Awam (SPA8i) yang disediakan di Portal Rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia
  • Hari Khas SPA Bersama Pelanggan [Selanjutnya…]
    Hari Khas SPA Bersama Pelanggan merupakan satu langkah dalam mewujudkan budaya layanan mesra pelangga di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia dan memberi peluang kepada orang ramai dan penjawat awam mendapat maklumat secara terus mengenai Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia.

 

Pendaftaran Pekerjaan Dalam Perkhidmatan Awam (SPA8i)

Perdaftaran Pekerjaan Secara Atas Talian Boleh Dibuat Melalui Pautan Dibawah:


Maklumat Jawatan Yang Ingin Dipohon (Gaji/Syarat Lantikan/ Deskripsi Tugas)

 Boleh Dirujuk Melalui Pautan Dibawah :

Ijazah / Sarjana / PHD

Ijazah/Sarjana/PHDMemaparkan senarai jawatan yang boleh dipohon oleh calon yang mempunyai ijazah, sarjana atau PHD. Di sini juga disertakan maklumat terperinci mengenai tugas, kelayakan dan gaji permulaan untuk setiap jawatan. [ Seterusnya… ]

Diploma / STP / STPM / STAM / HSC

DiplomaMemaparkan senarai jawatan yang boleh dipohon oleh calon yang mempunyai diploma, STP, STPM, STAM atau HSC. Di sini juga disertakan maklumat terperinci mengenai tugas, kelayakan dan gaji permulaan untuk setiap jawatan. [ Seterusnya… ]

SPM / SPM(V) / SPMV / Sijil

SPM/SPM(V)/SPMV/SijilMemaparkan senarai jawatan yang boleh dipohon oleh calon yang mempunyai kelayakan SPM, SPM(V), SPMV atau sijil. Di sini juga disertakan maklumat terperinci mengenai tugas, kelayakan dan gaji permulaan untuk setiap jawatan. [ Seterusnya… ]

PMR

SPM/SPM(V)/SPMV/SijilMemaparkan senarai jawatan yang boleh dipohon oleh calon yang mempunyai kelayakan PMR. Di sini juga disertakan maklumat terperinci mengenai tugas, kelayakan dan gaji permulaan untuk setiap jawatan. [ Seterusnya… ]

Kelayakan Bakat

Kelayakan BakatMemaparkan senarai jawatan yang boleh dipohon oleh calon yang mempunyai bakat tertentu. Di sini juga disertakan maklumat terperinci mengenai tugas, kelayakan dan gaji permulaan untuk setiap jawatan. [ Seterusnya… ]

Latihan Separa Perubatan

Latihan Separa PerubatanMemaparkan senarai latihan yang boleh dipohon oleh calon yang berminat untuk mengikuti latihan separa perubatan. Di sini juga disertakan maklumat terperinci mengenai tugas, kelayakan dan gaji permulaan untuk setiap jawatan. [ Seterusnya… ]

Suruhanjaya Pasukan Polis

PolisMemaparkan senarai jawatan yang boleh dipohon oleh calon yang berminat untuk mengikuti skim perkhidmatan polis. Di sini juga disertakan maklumat terperinci mengenai tugas, kelayakan dan gaji permulaan untuk setiap jawatan. [ Seterusnya… ]


Hotline SPA

  • Hotline SPA : 03 – 8885 6000
  • Maklumat Penting :
    Sekiranya terdapat sebarang masalah yang tidak dapat dielakkan untuk menghadiri sesi temu duga, tuan/puan boleh menghubungi talian 03 – 8885 6032 atau 03 – 8885 6354.

 

Advertisements