Ketika di tanya oleh pihak akhbar berkenaan  Titah Tuanku mengenai Pahang akan terus melaksanakan pencegahan maksiat… Kami menyembah tahniah serta menjunjung titah atas Titah ucapan KDYM Tuanku Pemangku Raja.

Ini bukan sahaja bertepatan dengan bidang kuasa yang telah diperuntukkan oleh Kerajaan Negeri bahkan ia berteraskan kepada tuntutan syariah. Kerajaan Negeri juga melalui agensinya JAIP akan melaksanakan tugasan ini sebaik mungkin dan bertepatan dengan Titah Tuanku serta bidangkuasa yang ada.

Ditanya mengenai kenyataan yang kononnya Islam itu kasar dan keras. Ini hanya andaian dan salah tafsir atau tohmahan mereka yang tidak mengenali ajaran islam secara dekat. Agama Islam memang menyuruh mencegah kemungkaran tetapi agama Islam terlebih dahulu menyuruh kita berbuat baik. Mencegah kemungkaran atau maksiat atau kejahatan adalah suatu yang baik demi memelihara keharmonian serta kebaikan sejagat.

Agama islam juga tidak memerintah untuk menuduh orang bermaksiat atau menangkap serta menyerbu membuta tuli. Setiap kemungkaran yg dilakukan seumpama judi, khalwat dan sebagainya mestilah setelah kita mengetahuinya cukup dengan saksi serta bukti. Dan sebaiknya terlebih awal ada amaran peringatan yang mampu diketahui umum seperti pengiklanan dan pemakluman dibuat tentang larangan melakukan kejahatan atau maksiat.

Ketika ditanya apakah cara berhemah yang dimaksudkan untuk menangani maksiat. Disini Kerajaan Negeri akan berusaha sedaya mungkin membina kesedaran agar sifar kemungkaran dan maksiat. Jikapun berlaku kita akan atasi dengan mengikut saluran. Bukan baru diberitakan ada berlaku maksiat, sedang belum dibicara maka orang berkenaan masih dijaga dan dikawal sehingga disahkan oleh pihak pengadilan.

Ditanya adakah Kerajaan Negeri tidak berhasrat menaiktaraf hal-hal berkaitan ini?
Sebenarnya Kerajaan Negeri sering membawa usul ini ke Sidang DUN. Namun ia bukanlah dilaksana secara gopoh dan tanpa penelitian. Bahkan kita mempunyai tokoh-tokoh profisional yang mengkaji melalui seminar dan perbincangan. Setelah digarap dan diperbahas ia dibawa pula ke Jawatankuasa Fatwa Negeri dan Jawatankuasa Majlis Ugama Islam.

Mereka juga bakal meneliti serta perhalusi bersama pihak Penasihat Undang-undang. Setelah setiap komen dan pandangan diambil kira barulah sebuah kertas yang dihasilkan diserah kepada MMK untuk mendapat persetujuan agar dibentang didalam Dewan Undangan Negeri. Melalui Dewan ini kertas akan juga dibentang untuk mendapatkan persetujuan. Proses-proses ini semua bertujuan bagi menghasilkan sebuah ketetapan yang saksama dan teratur.

Advertisements